fbpx

REVIEW LAPTOP: ACER SWIFT 3 [SF314-55-57T3-SIL]

Secara rawaknya, model terbaru bagi tahun 2020 dari koleksi Swift 3 ini dilihat sebagai satu perkembangan positif jika dibandingkan dengan model-model dari koleksi yang sama yang telah dikeluarkan sebelum ini. 

Model ini dikukuhkan dengan reka bentuk cangkerang aluminum yang berwarna perak yang beralur di bahagian belakang; ia dilihat mampu memberilkan aura mewah dan elegan kepada mata-mata yang tertacap kepadanya.

Salah satu kekuatan rangkaian swift adalah beratnya yang cukup ringan, memudahkan sesiapa sahaja yang perlu membawa laptop kemana-mana, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang professional dimana laptop merupakan suatu keperluan dalam menyelesaikan segala tugasan.

Sekiranya dilihat pada sebelah kanan touchpad, pengimbas cap jari yang menyokong teknologi Windows Hello, yang membenarkan anda menggunakan cap jari sebagai kata laluan untuk menggunakan komputer anda akan kelihatan.

Bergerak kepada port I/O, hampir kesemua rangkaian Acer mempunyai susunan port yang sama. Di sebelah kiri terdapat sebuah port USB 2.0 dan juga sebuah pembaca kad SD, manakala di sebelah kanan pula, dua port USB 3.0 Type-A hadir dengan sebuah port USB 3.1 Type-C dan juga HDMI jika anda ingin melanjutkan skrin anda kepada paparan luaran.

Dari sudut papan kekunci pula, ianya tidak memberikan sebarang masalah dari sudut keselesaan. Walau bagaimanapun, butang power yang diletakkan betul-betul diatas butang backspace mampu menggangu kosentrasi menaip anda oleh kerana anda perlu berhati-hati dengan keduadua butang tersebut. 

Dari sudut bateri pula, laptop ini mampu bertahan selama 10 jam pada kuasa normal tanpa penggunaan internet. Namun begitu, sebaik sahaja internet disambung, aliran bateri mampu jatuh mendadak sebanyak 3 jam, menjadikan hanya 7 jam sebagai penggunaan maksimum.

Walaupun tempoh bateri ditolak dengan mendadak, kepuasan melayari internet tidak terganggu. Ini dek kerana laptop ini mampu melakukan pelbagai tugasan secara serentak tanpa mengganggu sistem komputer.

Secara keseluhannya, laptop ini mampu memuaskan hati penggunanya dengan kelancarannya yang tersendiri. Dengan hanya RM 2399, Anda boleh mendapatkan laptop ini dengan kami di Brightstar melalui link ini!