fbpx

BERITA TECH: Larry Tesler Dalam Kenangan

Saintis komputer Larry Tesler yang terkenal kerana mencipta fungsi ‘Cut, Copy dan Paste’ pada komputer meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Sebagai bekas kakitangan Xerox PARC, Apple, Amazon, dan Yahoo!, Larry Tesler dikenali sebagai pencipta revolusi dalam industri teknologi dan sains komputer kerana telah membantu memudah cara berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia.

Kita tidak akan dapat memotong, menyalin dan menyisip teks, imej, video atau apa-apa sahaja yang berkaitan komputer jika tidak kerana mendiang Larry Tesler.

Larry Tesler telah banyak menyumbangkan kepakaran dan bertanggungjawab membangunkan perisian yang membolehkan pengguna mula menggunakan papan kekunci semasa membuka aplikasi. Sebelum itu, terdapat program yang boleh dibuka, namun kekunci mungkin dipetik kepada suatu fungsi lain yang bekerja di latar belakang.

ndividu genius seperti Larry Tesler yang berusaha memikirkan bahawa kita semua memerlukan gajet berteknologi tinggi dengan cara dan sistem yang lebih mudah seperti penggunaan komputer peribadi, komputer riba dan telefon pintar demi masa hadapan.

Inovasi Larry Tesler membuka jalan lebih mudah kepada generasi kini dan mengubah kehidupan kita semua. Tabik kepada mendiang.