fbpx

Impian Disney Untuk Mengukuhkan Nama Dalam Dunia Gaming

Setelah menggegarkan dunia Hollywood, Disney kini bercita-cita besar untuk menerajui industri gaming pula.

Sean Shoptaw, naib presiden kanan game dan pengalaman interaktif di Disney, telah berucap di DICE Summit 2020, sebuah persidangan yang mengumpulkan orang-orang kuat dalam industri video game.

Ketika berucap kepada hadirin para pembangun video game, beliau mengajak mereka untuk bekerjasama bersama Disney dalam membangunkan game-game baru dengan menggunakan IP yang dimiliki Disney.

“Kehadiran saya di sini adalah untuk satu sebab: untuk memberi kuasa kepada kamu [pembangun] bagi melakukan perkara-perkara unik dengan [katalog] kami,” kata Shoptaw. “Kami ingin masuk ke dalam kuasa kreatif melalui keseluruhan industri ini.”

Bersandarkan kejayaan Marvel’s Spider-Man dan Star Wars Jedi: Fallen Order sebagai contoh terbaik, beliau menekankan mengenai kepentingan penceritaan asal dan menggambarkan semula apa yang mampu dilakukan dengan karakter dan latar belakang Disney.

Disney kini menjemput kesemua para pembangun yang hadir, serta kesemuanya yang berada dalam industri ini untuk ‘datang dan bermain’ dengan francais kepunyaan Disney — yang kini meliputi 20th Century Fox, Star Wars, Marvel dan banyak lagi.

Pada ketika ini, Disney bekerjasama dengan dengan Square Enix untuk francais Kingdom Hearts dan bersama EA untuk game-game Star Wars. Dengan syarikat gaming mana lagi Disney akan bekerjasama selepas ini?